BAB 8 MEDIA SOSIAL, EMEL DAN CLOUD STORAGE

1.0       PENGENALAN
            Istilah “paperless world” yang digunakan pada zaman ini telah membuka dimensi baru untuk mencipta pelbagai cara penyimpanan data di samping dapat mengurangkan kos penggunaan kertas. Kadangkala pengguna tidak perasan e-mel yang dihantar kepada penerima mendatangkan masalah kepada server kerana disertakan dengan lampiran yang besar. Lampiran fail ini akan memenuhi ruang server dan akan mengakibatkan server tidak dapat menerima e-mel yang baru. Semakin banyak data atau maklumat yang pengguna simpan, maka semakin banyak ruang yang diperlukan. Biasanya data atau maklumat akan disimpan di “hard drives”, CD atau ” flash disk”, “thumb drive”, “external drive” atau “server”. Walau bagaimanapun, setiap masalah akan ada penyelesaiannya. Kesinambungan daripada itu, seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, pengguna mula beralih ke penyimpanan fail Storan Awan atau“Cloud storage”.
Apakah itu Storan Awan? Storan Awan adalah merupakan perkhidmatan yang membolehkan pengguna menyimpan sesuatu fail di dalam ruang storan internet dan fail tersebut boleh di akses menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar melalui sambungan internet walau di mana sahaja dengan mudah. Storan Awan ini sangat berguna sebagai tempat untuk menyimpan gambar, mp3, video, dokumen dan sebagainya. Sekiranya “hard disk” atau cakera keras komputer pengguna rosak, kehilangan fail-fail yang penting dan berharga dapat dielakkan. Di samping dapat menjimatkan penggunaan kertas, masa, tenaga dan wang, storan awan juga boleh membuat salinan atau “backup” data-data penting. Walaupun terdapat risiko terhadap jaminan keselamatan data yang disimpan menggunakan storan awan ini, namun boleh di kawal dari semasa ke semasa. Dengan adanya storan awan ini banyak memberi manfaat dan memudahkan kerja pengguna. Kebaikan dan cabaran penggunaan storan awan ini akan dibincangkan di perenggan yang seterusnya.

2.0       PERBANDINGAN DI ANTARA DUA PEMBEKAL STORAN AWAN YANG POPULAR

2.1       GOOGLE DRIVE

                        Menurut Wikipedia (2016), Google Drive adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google yang membolehkan pengguna untuk menyimpan dan berkongsi fail dalam talian. Perkhidmatan ini telah mula dilancarkan pada 24 April, 2012 dengan menyediakan 5 GB penyimpanan percuma. Jika ingin mempunyai lebih tempat penyimpanan, Google Drive ada menawarkan penyimpanan tambahan yang boleh dibeli dengan bayaran bulanan.
            Matlamat Google Drive ialah untuk menyediakan satu tempat di mana pengguna boleh menyimpan fail dalam talian dan boleh mengakses dari mana-mana sahaja. Selain itu juga, pengguna juga boleh mengakses Google Drive dari pelbagai peranti dan ia juga menawarkan perisian yang boleh didapati untuk Windows, Mac OS X, Android dan platform Ios. Perkhidmatan ini juga menyediakan antara muka berasaskan web yang membolehkan pengguna untuk menetapkan fail anda dan mencari dokumen dengan nama fail atau kandungan.
            Selain storan fail dalam talian, Google Drive juga menyediakan alat untuk berkongsi fail dan berkolaborasi dalam projek dengan pengguna lain melalui web. Sebagai contoh, daripada menghantar e-mel lampiran besar, pengguna juga boleh menghantar pautan ke fail dari Google Drive untuk satu atau lebih pengguna. Pengguna juga boleh menggunakannya berasaskan web aplikasi Google Docs untuk mencipta atau mengedit dokumen dalam talian. Apabila pengguna berkongsi dokumen dengan pengguna Google Drive yang lain, semua orang boleh melihat dan mengedit dokumen pada masa yang sama. Google Drive membolehkan pengguna melihat lebih 30 jenis fail secara langsung dalam pelayar web pengguna. Ini termasuk format “propriety Google”, serta lain-lain jenis fail popular seperti Adobe Photoshop dan Illustrator dokumen.

2.1.1    Kegunaan
            Google Drive boleh di layari di laman link yang berikut iaitu, http://google.com. Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) melalui Google Docs. Apa yang lebih penting, untuk menggunakan kemudahan Google Apps, pengguna perlu mempunyai akaun Google iaitu Gmail.

2.1.2    Kelebihan
            Di antara kelebihan menggunakan Google Drives ialah :
a)      Pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui Internet tanpa memuat naik (install) perisian dalam komputer.
b)      Selain itu, ia juga boleh di kongsi dengan pengguna lain melalui kaedah perkongsian atau sharing”.


2.2       DROPBOX
            Apakah itu Dropbox? Menurut Wikipedia (2016), Dropbox adalah perkhidmatan simpanan awan peribadi (kadangkala dirujuk juga sebagai perkhidmatan sandaran dalam talian) yang sering digunakan untuk berkongsi fail. Aplikasi Dropbox boleh didapati untuk system operasi desktop Windows, Macintosh dan Linux. Terdapat juga aplikasi untuk iPhone, iPad, Android dan peranti BlackBerry.
            Dropbox ada menyediakan perkhidmatan penyimpanan 2 gigabait secara percuma sehingga 100 GB dengan cara pembelian yang disediakan dalam pelbagai bentuk pakej. Terdapat satu lagi pilihan yang menyediakan 350 GB penyimpanan iaituDropbox for Teams. Data pengguna akan disimpan dalam Perkhidmatan Amazon’s Simple Storage Service (S3) dan dilindungi dengan Secure Socket Layer (SSL) danAdvanced Encryption System (AES) 256-bit encryption.
            Selepas pemasangan aplikasi yang berkaitan, folder Dropbox akan muncul dengan folder pengguna yang lain. Dengan hanya menarik dan melepaskan fail kefolder, pengguna boleh menyimpan fail ke folder, tambah folder baru dan juga menyimpan fail. Fail dalam folder Dropbox boleh di akses dari mana-mana sahaja dan sambungan Internet – pengguna hanya perlu log masuk ke akaunnya untuk memuat naik, memuat turun dan berkongsi fail.
            Pengguna boleh menjana URL untuk berkongsi fail dari laman web Dropbox dan menghantar ia keluar supaya orang lain boleh melihatnya. Daripada laman web Dropbox juga, folder pengguna boleh dikongsi dengan pengguna orang lain dengan cara berkongsi fail. Penerima yang tidak mempunyai akaun Dropbox dimestikan untuk mendaftar dengan dropbox bagi memudahkan mengakses apa yang di kongsikan kepada mereka. Sebaik sahaja folder dikongsi, ia akan muncul dalam sistem folder untuk semua pengguna yang mempunyai akses kepada maklumat itu dan semua ahli akan dapat membuat perubahan kepada fail sekiranya perlu.
            Kebiasaannya Dropbox digunakan oleh pengguna harian dan sememangnya menjadi pilihan ramai. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi dari semasa ke semasa telah menyebabkan Dropbox semakin popular di kalangan pengusaha-pengusaha syarikat dan organisasi kerana mempunyai ciri-ciri yang sangat berguna serta memudahkan pengguna. Perkhidmatan ini juga semakin menjadi pilihan oleh bank-bank, kedai video, perpustakaan dan pejabat pos kerana penggunaannya yang terjamin selamat dan telah membuatkan pengguna dapat merasai apa juga bahan yang di kongsikan dengan pengguna lain dalam keadaan yang terkawal.


2.2.1    Kegunaan
            Pengguna boleh melayari laman web Dropbox di link https://www.dropbox.com. Satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi pengkomputeran awan adalah sebagai nadinya. Ruang storan yang disediakan adalah 2 GB.

2.2.2    Kelebihan
            Di antara kelebihan menggunakan Dropbox ialah :-
a)      Ruang storan yang besar iaitu 2 GB.
b)      Dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli peranti storan.
c)      Pengguna Dropbox mempunyai fail “backup” (dua salinan fail) iaitu satu di dalam komputer dan satu lagi di atas awan.
d)     Fail data dan maklumat boleh di kongsi dengan pengguna lain.
e)      Dokumen boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui peranti mudah alih seperti iPhone, iPad, BlackBerry dan Android.
f)       Dropbox juga sangat mesra pengguna di samping mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti boleh menjemput rakan untuk berkolaborasi dalam berkongsi fail, fungsi direct link (hotlinking) kepada gambar, mp3 dan sebagainya.
g)      Maklumat dan data dapat disimpan dan dilayari pada bila-bila masa yang diperlukan selagi ada talian internet.
h)      Storan fizikal seperti external hard disk, thumb drive dan sebagainya tidak perlu susah-susah untuk dibawa bersama.

2.3       Perbandingan Beberapa Pembekal Storan Awan

Selain daripada dua pembekal Storan Awan yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa lagi pembekal Storan Awan yang menjadi pilihan pengguna. Pembekal Storan Awan tersebut di antaranya ialah SugarSync, ZipCloud, SkyDrive dan myPCBacup.co. Perbandingan di antara Pembekal Storan Awan ini adalah seperti rajah di bawah.
 Selain daripada pembekal Storan Awan yang disenaraikan di atas, Pembekal Storan Awan Skydrive juga menjadi pilihan pengguna. Ini adalah kerana
·         sifatnya yang mesra pengguna,
·         mempunyai ruangan storan yang besar dan
·         pengguna boleh meng”upgrade” ruangan storan yang lebih besar pada harga yang sangat berpatutan.

Natijahnya, walau apa pun jenis pembekal storan awan yang menjadi pilihan pengguna, namun fungsi dan kegunaannya adalah tetap sama iaitu untuk memudahkan urusan penyimpanan data. Persaingan yang sihat di antara pembekal storan awan ini banyak memberikan manfaat dan kebaikan kepada pengguna.

3.0       KEBAIKAN YANG DIPEROLEHI DALAM MENGGUNAKAN STORAN AWAN DI ORGANISASI

3.1       Kebaikan Storan Awan
            Pengkomputeran Awan adalah berasakan internet. Jika sebelum ini pengguna akan menjalankan aplikasi atau program daripada perisian yang dimuat turun pada computer fizikal atau pelayan di bangunan mereka, pengkomputeran awan membolehkan pengguna mengakses kepada jenis yang sama melalui internet. Menurut Baiju NT (2013), kaji selidik yang baru dilakukan ke atas 800 perniagaan dan pengguna di seluruh dunia, telah mendapati bilangan organisasi yang mendapat kelebihan daya saing melalui penggunaan storan awan telah mencapai hampir dua kali ganda dalam beberapa tahun yang lalu. Menjelang 2017, pasaran perkhidmatan yang menggunakannya dijangka melebihi $244 bilion. (http://bigdata-madesimple.com/5-advantages-and-disadvantages-of-cloud-storage).
            Mengapakah begitu banyak sekali perniagaan bergerak ke storan awan? Ini adalah kerana pengkomputeran awan meningkatkan kecekapan, dapat membantu meningkatkan aliran tunai dan lebih banyak faedah yang ditawarkan. Berikut adalah kebaikan penggunaan storan awan :-

3.1.1    Kegunaan  -   Semua perkhidmatan Storan awan yang dikaji di dalam topic ini mempunyai folder desktop PC dan Mac’s. Ini membolehkan pengguna untuk menarik dan melepaskan fail antara storan awan dan storan setempat mereka.

3.1.2    Jalur Lebar - Jalur Lebar adalah istilah yang merujuk kepada trafik internet. Perkhidmatan komputer yang berasaskan storan awan adalah sesuai untuk perniagaan yang berkembang pesat mengikut turun naiknya permintaan jalur lebar. Pengguna juga boleh mengelakkan menghantar fail kepada individu dan bukannya menghantar pautan web kepada penerima melalui e-mel pengguna.

3.1.3    Kebolehcapaian - Fail yang di simpan boleh di akses dari mana-mana sahaja melalui sambungan internet. Dengan adanya storan awan yang menawarkan aplikasi bergerak, pengguna tidak akan mempunyai halangan untuk melaksanakan di mana sahaja. Hal ini menjadi pilihan para pengusaha yang memerlukan data dapat di akses dengan lebih cepat.
3.1.4    Pemulihan bencana – Sekiranya berlaku kehilangan data, pengguna akan mempunyai sandaran fail asal. Para pengguna dan perusahaan perniagaan disyorkan mempunyai pelan kecemasan sandaran untuk persediaan sekiranya berlaku kes kecemasan atau perkara yang tidak diingini berlaku. Ruang storan awan boleh digunakan sebagai pelan perlindungan oleh perniagaan dengan menyediakan salinan fail penting yang kedua. Fail-fail ini disimpan di tempat yang jauh dan boleh di akses melalui sambungan internet. Terjadinya kehilangan data akibat kerosakan atau kehilangan perangkat seperti komputer, laptop atau gadget dapat di atasi dengan adanya teknologi penyimpanan storan awan ini. Pengguna dapat memadam data daripada gadget yang hilang agar tidak sampai ke tangan yang salah.

3.1.5    Kos Simpanan – Dengan menggunakan ruang storan awan, pengusaha dapat mengurangkan kos operasi tahunan. Untuk menyimpan data secara dalaman, kos storan awan yang dikenakan adalah kira-kira 3 sen untuk setiap gigabait. Oleh itu, para pengguna boleh menjimatkan kos tambahan kerana ia tidak memerlukan kuasa dalaman untuk menyimpan maklumat dari jauh. Ia dapat menjimatkan penggunaan kertas, masa dan juga tenaga. Selain itu, kos penyelenggaraan perisian dan perkakasan juga telah dapat dijimatkan.

4.0       CABARAN DALAM MENGGUNAKAN STORAN AWAN DALAM ORGANISASI

            Sungguhpun banyak kebaikan yang telah diperoleh oleh pengguna dengan menggunakan Storan Awan ini, namun masih terdapat beberapa cabaran yang menjadi kekhuatiran para pengguna. Untuk memelihara keselamatan data atau maklumat peribadi pengguna, beberapa langkah keselamatan perlu di ambil untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan data maklumat pengguna.

4.1       Tips Keselamatan Pengguna Storan Awan
Di sini terdapat beberapa tips keselamatan penggunaan Storan Awan ini :-
a)         Kata laluan yang digunakan adalah sesuai dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.
b)         Membuat salinan (backup) secara berkala di storan lain seperti cakera keras (hard disk) dan external storage.
            c)         Pilih data dengan teliti yang ingin dimuat naik.
d)         Jangan memuat naik data peribadi terutamanya gambar-gambar yang tidak sesuai didedahkan kepada umum.
e)         Terma dan syarat Storan Awan yang dipilih hendaklah difahami dengan betul.

4.2       Cabaran Dalam Menggunakan Storan Awan
Di antara cabaran dalam menggunakan Storan Awan di dalam organisasi ialah :-

4.2.1    Kebolehgunaan – Pengguna hendaklah berhati-hati apabila menarik dan melepaskan (drag/drop) fail ketika memindahkan dokumen ke ruang (folder) storan awan. Ini akan memindahkan dokumen dari dalam folder asal ke lokasi storan awam secara kekal. Pengguna digalakkan membuat salinan dan tampal (copy and paste)daripada menarik dan melepaskan (drag/drop) fail jika ingin mengekalkan lokasi asal dokumen selain memindahkan sesalinan ke ruang (folder) storan awan.

4.2.2    Jalur Lebar – Beberapa perkhidmatan storan awan mempunyai elaun khusus jalur lebar. Jika sesebuah organisasi melebihi elaun yang diberikan, caj tambahan mungkin akan dikenakan. Bagaimanapun, terdapat sesetengah pembekal storan awan yang membenarkan penggunaan jalur lebar tidak terhad. Inilah antara faktor yang organisasi atau perusahaan harus pertimbangkan apabila mencari pembekal Storan Awan.

4.2.3    Kebolehcapaian – Untuk mengakses data, pengguna memerlukan capaian internet. Sekiranya sistem talian internet terganggu atau tidak stabil, capaian data akan turut terganggu. Seterusnya ini akan mengganggu aktiviti harian pengguna atau syarikat.

4.2.4    Sekuriti Data – Masih tidak dipastikan tahap keselamatan penggunaan storan awan ini. Walaupun mempunyai kata laluan, ia masih boleh di pecah masuk oleh penggodam yang berkemahiran. Ini membimbangkan organisasi mengenai keselamatan dan privasi data penting yang disimpan. Kemungkinan pengusaha yang mempunyai hubungan perniagaan dengan organisasi lain juga merasa tidak selesa.

4.2.5    Ketidakpastian Keadaan Pelayan (Server) – Oleh sebab pelayan (server)berada di “awan”, keadaan pelayan (server) masih belum dapat dipastikan. Kemungkinan besar perkara ini boleh terjadi kerana pelayan mempunyai masalah atau pun terlebih beban. Maklumat data yang di simpan juga mungkin akan hilang. Oleh itu, pengguna perlu membuat 2 salinan agar data tersebut tidak hilang.

4.2.6    Perisian (Software) – Jika pengguna ingin memanipulasikan fail tempatan melalui pelbagai peranti, pengguna terlebih dahulu perlu untuk memuat turun perkhidmatan kepada semua peranti.


Comments

Popular Posts